Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

96. Al-Alaq العلق

Juga dikenali sebagai: Alaq, Iqra · makna: Segumpal Darah

Mushaf

19 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ1

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

  2. خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ2

    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

  3. ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ3

    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

  4. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ4

    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

  5. عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ5

    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

  6. كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَيَطْغَىٰٓ6

    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

  7. أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ7

    Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

  8. إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ8

    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

  9. أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ9

    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

  10. عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ10

    Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

  11. أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ11

    Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

  12. أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ12

    Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

  13. أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ13

    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

  14. أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ14

    Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

  15. كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ15

    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

  16. نَاصِيَةٍ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ16

    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

  17. فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ17

    Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

  18. سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ18

    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

  19. كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩19

    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Alaq

Surah Al-Alaq ialah surah Makkiyah yang mengandungi 19 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 597 mushaf. Ayat 19 ditandakan sebagai ayat sajdah dalam mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Alaq mengajak Nabi ﷺ membaca dengan nama Tuhannya yang menciptakan manusia dan mengajar mereka apa yang tidak mereka ketahui. Surah ini memberi amaran terhadap kesombongan dan perbuatan menghalang seorang hamba daripada solat, serta mengajak supaya bersujud dan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam Sunnah

Surah berkaitan