Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

95. At-Tin التين

Juga dikenali sebagai: Tin · makna: Buah Tin

Mushaf

8 ayat · Makkiyah

Surah

بِّسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ1

    Demi buah Tiin dan Zaitun,

  2. وَطُورِ سِينِينَ2

    Dan Gunung Tursina,

  3. وَهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ3

    Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

  4. لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ4

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

  5. ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ5

    Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

  6. إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ6

    Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

  7. فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ7

    (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

  8. أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَـٰكِمِينَ8

    Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah At-Tin

Surah At-Tin ialah surah Makkiyah yang mengandungi 8 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 597 mushaf.

Kandungannya

Surah At-Tin mengingatkan manusia bahawa Allah menciptakan mereka dalam bentuk yang baik dan seimbang. Surah ini menjanjikan ganjaran yang kekal kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, serta mengajak manusia mengakui keadilan Allah dan Hari Pembalasan.

Dalam Sunnah

Ayat yang mudah tertukar

Satu ayatnya sangat menyerupai ayat lain dalam al-Quran, jadi kedua-duanya mudah tertukar ketika menghafaz:

Surah berkaitan