Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

1. Al-Fatiha الفاتحة

Juga dikenali sebagai: Fatiha · makna: Pembukaan

Mushaf

7 ayat · Makkiyah

Surah
  1. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ1

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  2. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ2

    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

  3. ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ3

    Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  4. مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ4

    Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

  5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ5

    Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

  6. ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ6

    Tunjukilah kami jalan yang lurus.

  7. صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ7

    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Fatiha

Surah Al-Fatiha ialah surah Makkiyah yang mengandungi 7 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 1, pada muka surat 1 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Fatiha memuji Allah, rahmat-Nya dan kekuasaan-Nya pada Hari Pembalasan. Surah ini mengajar kita supaya menyembah-Nya sahaja, memohon pertolongan-Nya dan berdoa agar diberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Kelebihannya dalam hadis sahih

Hanya hadis yang dinilai sahih atau hasan (sahih atau baik) disenaraikan.

Surah berkaitan