Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

97. Al-Qadr القدر

Juga dikenali sebagai: Qadr · makna: Ketetapan

Mushaf

5 ayat · Makkiyah

Surah

بِّسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ1

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

  2. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ2

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

  3. لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ3

    Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

  4. تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ4

    Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

  5. سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ5

    Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr ialah surah Makkiyah yang mengandungi 5 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 598 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Qadr menggambarkan kemuliaan besar Malam al-Qadar, ketika al-Quran diturunkan. Malam itu lebih baik daripada seribu bulan dan para malaikat turun dengan izin Allah. Malam itu penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.

Surah berkaitan