Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

84. Al-Inshiqaq الانشقاق

Juga dikenali sebagai: Inshiqaq · makna: Langit Terbelah

Mushaf

25 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ1

    Apabila langit terbelah,

  2. وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ2

    Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;

  3. وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ3

    Dan apabila bumi diratakan,

  4. وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ4

    Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

  5. وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ5

    Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

  6. يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَـٰقِيهِ6

    Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

  7. فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ7

    Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

  8. فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا8

    Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

  9. وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا9

    Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

  10. وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ10

    Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

  11. فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًا11

    Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

  12. وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا12

    Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

  13. إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا13

    Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

  14. إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ14

    Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

  15. بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا15

    (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

  16. فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ16

    Maka Aku bersumpah, demi mega;

  17. وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ17

    Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

  18. وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ18

    Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

  19. لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ19

    Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

  20. فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ20

    Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?

  21. وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩21

    Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

  22. بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ22

    (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

  23. وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ23

    Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

  24. فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ24

    Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

  25. إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ25

    Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Inshiqaq

Surah Al-Inshiqaq ialah surah Makkiyah yang mengandungi 25 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 589 mushaf. Ayat 21 ditandakan sebagai ayat sajdah dalam mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Inshiqaq menggambarkan langit terbelah dan bumi mengeluarkan apa yang ada di dalamnya. Surah ini mengajar bahawa setiap orang akan menemui hasil perbuatannya, dengan perhitungan yang mudah bagi sesetengah orang dan azab bagi yang lain, serta menjanjikan ganjaran yang kekal kepada mereka yang beriman dan berbuat baik.

Kelebihannya dalam hadis sahih

Hanya hadis yang dinilai sahih atau hasan (sahih atau baik) disenaraikan.

Dalam Sunnah

Ayat yang mudah tertukar

4 ayatnya sangat menyerupai ayat lain dalam al-Quran, jadi mudah tertukar ketika menghafaz. Contohnya:

Surah berkaitan