Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

93. Ad-Dhuha الضحى

Juga dikenali sebagai: Dhuha · makna: Waktu Pagi

Mushaf

11 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلضُّحَىٰ1

    Demi waktu dhuha,

  2. وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ2

    Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

  3. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ3

    (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

  4. وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ4

    Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

  5. وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ5

    Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

  6. أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ6

    Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

  7. وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ7

    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

  8. وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ8

    Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

  9. فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ9

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  10. وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ10

    Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

  11. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ11

    Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Ad-Dhuha

Surah Ad-Dhuha ialah surah Makkiyah yang mengandungi 11 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 596 mushaf.

Kandungannya

Surah Ad-Dhuha menenangkan Nabi ﷺ bahawa Tuhan baginda tidak meninggalkan baginda dan menjanjikan masa depan yang lebih baik di akhirat. Surah ini mengingatkan baginda akan pemeliharaan Allah terhadap baginda dan mengajak baginda melayan anak yatim serta orang yang meminta pertolongan dengan baik, dan menyebut nikmat Allah dengan bersyukur.

Dalam Sunnah

Surah berkaitan