Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

92. Al-Lail الليل

Juga dikenali sebagai: Lail · makna: Malam

Mushaf

21 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ1

    Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),

  2. وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ2

    Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

  3. وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ3

    Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -

  4. إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ4

    Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

  5. فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ5

    Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -

  6. وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ6

    Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,

  7. فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ7

    Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

  8. وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسْتَغْنَىٰ8

    Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -

  9. وَكَذَّبَ بِٱلْحُسْنَىٰ9

    Serta ia mendustakan perkara yang baik,

  10. فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْعُسْرَىٰ10

    Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

  11. وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ11

    Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

  12. إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ12

    Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).

  13. وَإِنَّ لَنَا لَلْـَٔاخِرَةَ وَٱلْأُولَىٰ13

    Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.

  14. فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّىٰ14

    Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,

  15. لَا يَصْلَىٰهَآ إِلَّا ٱلْأَشْقَى15

    Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -

  16. ٱلَّذِى كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ16

    Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.

  17. وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى17

    Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -

  18. ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ18

    Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

  19. وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَىٰٓ19

    Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

  20. إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ20

    Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;

  21. وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ21

    Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Lail

Surah Al-Lail ialah surah Makkiyah yang mengandungi 21 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 595⁠–⁠596 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Lail membandingkan mereka yang memberi, takut kepada Allah dan mempercayai janji-Nya dengan mereka yang bakhil dan menolaknya. Surah ini mengajar bahawa harta tidak akan menyelamatkan seseorang daripada azab dan memuji pemberian yang ikhlas demi mencari keredaan Allah.

Dalam Sunnah

Surah berkaitan