Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

94. Ash-Sharh الشرح

Juga dikenali sebagai: Sharh, Al-Inshirah, Alam Nashrah · makna: Kelapangan

Mushaf

8 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ1

    Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

  2. وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ2

    Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

  3. ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ3

    Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ4

    Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

  5. فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا5

    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

  6. إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا6

    (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ7

    Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

  8. وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب8

    Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Ash-Sharh

Surah Ash-Sharh ialah surah Makkiyah yang mengandungi 8 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 596 mushaf.

Kandungannya

Surah Ash-Sharh mengingatkan Nabi ﷺ bahawa Allah telah meringankan bebannya dan meninggikan sebutan namanya. Surah ini menjanjikan kemudahan bersama kesusahan dan mengajaknya bersungguh-sungguh dalam ibadah serta menghadap Tuhannya.

Surah berkaitan