Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

86. At-Tariq الطارق

Juga dikenali sebagai: Tariq · makna: Yang Datang pada Malam

Mushaf

17 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ1

    Demi langit dan “At-Taariq”; -

  2. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ2

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? -

  3. ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ3

    (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

  4. إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ4

    Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

  5. فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ مِمَّ خُلِقَ5

    (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

  6. خُلِقَ مِن مَّآءٍ دَافِقٍ6

    Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

  7. يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ7

    Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan.

  8. إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌ8

    Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

  9. يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ9

    Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

  10. فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ10

    Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

  11. وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ11

    Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

  12. وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ12

    Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

  13. إِنَّهُۥ لَقَوْلٌ فَصْلٌ13

    Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

  14. وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ14

    Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

  15. إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا15

    Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

  16. وَأَكِيدُ كَيْدًا16

    Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

  17. فَمَهِّلِ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا17

    Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah At-Tariq

Surah At-Tariq ialah surah Makkiyah yang mengandungi 17 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 591 mushaf.

Kandungannya

Surah At-Tariq mengingatkan manusia bahawa amalan mereka dicatat dan Allah yang menciptakan mereka mampu menghidupkan mereka kembali. Surah ini memberi amaran bahawa niat yang tersembunyi akan didedahkan dan menegaskan bahawa al-Quran membezakan dengan jelas antara kebenaran dan kebatilan.

Dalam Sunnah

Surah berkaitan