Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

100. Al-Aadiyat العاديات

Juga dikenali sebagai: Aadiyat · makna: Kuda yang Berlari Kencang

Mushaf

11 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلْعَـٰدِيَـٰتِ ضَبْحًا1

    Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

  2. فَٱلْمُورِيَـٰتِ قَدْحًا2

    Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

  3. فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًا3

    Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

  4. فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا4

    Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

  5. فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا5

    Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

  6. إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌ6

    Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

  7. وَإِنَّهُۥ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ7

    Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

  8. وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ8

    Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

  9. أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِى ٱلْقُبُورِ9

    (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

  10. وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ10

    Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

  11. إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌۢ11

    Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Aadiyat

Surah Al-Aadiyat ialah surah Makkiyah yang mengandungi 11 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 599⁠–⁠600 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Aadiyat dimulakan dengan sumpah demi kuda yang menyerbu, kemudian memberi amaran tentang sikap manusia yang tidak bersyukur dan kecintaan yang mendalam kepada harta. Surah ini mengingatkan manusia bahawa orang mati akan dibangkitkan dan apa yang tersembunyi dalam hati mereka akan didedahkan.

Surah berkaitan