Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

85. Al-Burooj البروج

Juga dikenali sebagai: Burooj · makna: Gugusan Bintang

Mushaf

22 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ1

    Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

  2. وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ2

    Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

  3. وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ3

    Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -

  4. قُتِلَ أَصْحَـٰبُ ٱلْأُخْدُودِ4

    Celakalah kaum yang menggali parit,

  5. ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلْوَقُودِ5

    (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

  6. إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ6

    (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

  7. وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ7

    Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

  8. وَمَا نَقَمُوا۟ مِنْهُمْ إِلَّآ أَن يُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ8

    Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

  9. ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ9

    Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

  10. إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ10

    Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

  11. إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمْ جَنَّـٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْكَبِيرُ11

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

  12. إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ12

    Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

  13. إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ13

    Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

  14. وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ14

    Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

  15. ذُو ٱلْعَرْشِ ٱلْمَجِيدُ15

    Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

  16. فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ16

    Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

  17. هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْجُنُودِ17

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

  18. فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ18

    (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

  19. بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ19

    (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

  20. وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌۢ20

    Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

  21. بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ21

    (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

  22. فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ22

    (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Burooj

Surah Al-Burooj ialah surah Makkiyah yang mengandungi 22 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 590 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Burooj mengecam mereka yang membakar orang beriman kerana iman mereka dan memberi amaran kepada mereka yang menyeksa lelaki dan wanita beriman tanpa bertaubat. Surah ini menjanjikan syurga kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, serta menegaskan kekuasaan dan keampunan Allah dan pemeliharaan al-Quran.

Dalam Sunnah

Ayat yang mudah tertukar

Satu ayatnya sangat menyerupai ayat lain dalam al-Quran, jadi kedua-duanya mudah tertukar ketika menghafaz:

Surah berkaitan