Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

88. Al-Ghashiya الغاشية

Juga dikenali sebagai: Ghashiya · makna: Yang Meliputi

Mushaf

26 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ1

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

  2. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ2

    Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ3

    Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً4

    Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ5

    Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ6

    Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ7

    Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ8

    (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ9

    Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ10

    (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةً11

    Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ12

    Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ13

    Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ14

    Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ15

    Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ16

    Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ17

    (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ18

    Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ19

    Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ20

    Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ21

    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ22

    Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ23

    Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ24

    Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ25

    Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم26

    Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Ghashiya

Surah Al-Ghashiya ialah surah Makkiyah yang mengandungi 26 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 592 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Ghashiya menggambarkan penderitaan dan kebahagiaan manusia yang berbeza pada Hari Pembalasan. Surah ini mengajak manusia merenungkan unta, langit, gunung dan bumi sebagai tanda kekuasaan Allah. Surah ini menyuruh Rasulullah ﷺ memberi peringatan, kerana kepada Allah mereka kembali dan kepada-Nya perhitungan akhir mereka.

Dalam Sunnah

Ayat yang mudah tertukar

2 ayatnya sangat menyerupai ayat lain dalam al-Quran, jadi mudah tertukar ketika menghafaz. Contohnya:

Surah berkaitan