Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

111. Al-Masad المسد

Juga dikenali sebagai: Masad, Al-Lahab, Tabbat · makna: Sabut Kurma

Mushaf

5 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ1

    Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

  2. مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ2

    Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

  3. سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ3

    Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

  4. وَٱمْرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلْحَطَبِ4

    Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

  5. فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍۭ5

    Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Masad

Surah Al-Masad ialah surah Makkiyah yang mengandungi 5 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 603 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Masad menyatakan bahawa harta dan anak-anak Abu Lahab tidak akan melindunginya daripada azab. Surah ini memberi amaran bahawa dia dan isterinya, yang menyakiti Nabi ﷺ, akan menghadapi neraka.

Surah berkaitan