Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

104. Al-Humaza الهمزة

Juga dikenali sebagai: Humaza · makna: Pengumpat

Mushaf

9 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ1

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُۥ2

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ3

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ4

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

  5. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ5

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

  6. نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ6

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ7

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ8

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ9

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Humaza

Surah Al-Humaza ialah surah Makkiyah yang mengandungi 9 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 601 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Humaza memberi amaran kepada mereka yang mengejek dan mencela orang lain sambil mengumpul dan menghitung harta. Surah ini menolak anggapan bahawa harta boleh menjadikan seseorang hidup selama-lamanya dan menggambarkan api yang menghancurkan hingga sampai ke hati.

Surah berkaitan