Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

102. At-Takathur التكاثر

Juga dikenali sebagai: Takathur · makna: Berlumba-lumba Mengumpul

Mushaf

8 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ1

    Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

  2. حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ2

    Sehingga kamu masuk kubur.

  3. كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ3

    Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

  4. ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ4

    Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

  5. كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ5

    Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

  6. لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ6

    (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

  7. ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ7

    Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

  8. ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ8

    Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah At-Takathur

Surah At-Takathur ialah surah Makkiyah yang mengandungi 8 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 600 mushaf.

Kandungannya

Surah At-Takathur memberi amaran bahawa berlumba-lumba menambah harta dan anak boleh melalaikan manusia daripada taat kepada Allah hingga kematian datang. Surah ini mengingatkan mereka bahawa mereka akan melihat neraka dan ditanya tentang nikmat yang diterima.

Surah berkaitan