Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

81. At-Takwir التكوير

Juga dikenali sebagai: Takwir · makna: Penggulungan

Mushaf

29 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ1

    Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

  2. وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ2

    Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

  3. وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ3

    Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);

  4. وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ4

    Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

  5. وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ5

    Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;

  6. وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ6

    Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

  7. وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ7

    Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

  8. وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ8

    Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -

  9. بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتْ9

    Dengan dosa apakah ia dibunuh?

  10. وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ10

    Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

  11. وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ11

    Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

  12. وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ12

    Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

  13. وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ13

    Dan apabila Syurga didekatkan;

  14. عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّآ أَحْضَرَتْ14

    (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

  15. فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ15

    Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

  16. ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ16

    Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

  17. وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ17

    Dan malam, apabila ia hampir habis,

  18. وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ18

    Dan siang, apabila ia mulai terang;

  19. إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ19

    Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

  20. ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍ20

    Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

  21. مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ21

    Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

  22. وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ22

    Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);

  23. وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ23

    Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

  24. وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍ24

    Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.

  25. وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَـٰنٍ رَّجِيمٍ25

    Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

  26. فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ26

    (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

  27. إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَـٰلَمِينَ27

    Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

  28. لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ28

    Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

  29. وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَـٰلَمِينَ29

    Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah At-Takwir

Surah At-Takwir ialah surah Makkiyah yang mengandungi 29 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 586 mushaf.

Kandungannya

Surah At-Takwir menggambarkan perubahan besar pada dunia pada Hari Pembalasan, apabila setiap orang mengetahui apa yang telah dilakukannya. Surah ini menegaskan bahawa al-Quran ialah risalah Allah yang dibawa oleh Jibril, dan peringatan bagi mereka yang mencari jalan yang lurus.

Kelebihannya dalam hadis sahih

Hanya hadis yang dinilai sahih atau hasan (sahih atau baik) disenaraikan.

Ayat yang mudah tertukar

3 ayatnya sangat menyerupai ayat lain dalam al-Quran, jadi mudah tertukar ketika menghafaz. Contohnya:

Surah berkaitan