Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

114. An-Nas الناس

Juga dikenali sebagai: Nas · makna: Manusia

Mushaf

6 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ1

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

  2. مَلِكِ ٱلنَّاسِ2

    “Yang Menguasai sekalian manusia,

  3. إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ3

    “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

  4. مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ4

    “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

  5. ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ5

    “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

  6. مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ6

    “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah An-Nas

Surah An-Nas ialah surah Makkiyah yang mengandungi 6 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 604 mushaf.

Kandungannya

Surah An-Nas mengajar kita memohon perlindungan kepada Allah, Tuhan, Raja dan Sembahan seluruh manusia. Surah ini memohon agar Dia melindungi hati kita daripada bisikan jahat, sama ada daripada jin atau manusia.

Kelebihannya dalam hadis sahih

Hanya hadis yang dinilai sahih atau hasan (sahih atau baik) disenaraikan.

Dalam Sunnah

Surah berkaitan