Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

109. Al-Kafiroon الكافرون

Juga dikenali sebagai: Kafiroon · makna: Orang Kafir

Mushaf

6 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ1

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

  2. لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ2

    “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

  3. وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ3

    “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

  4. وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ4

    “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

  5. وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ5

    “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

  6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ6

    “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Al-Kafiroon

Surah Al-Kafiroon ialah surah Makkiyah yang mengandungi 6 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 603 mushaf.

Kandungannya

Surah Al-Kafiroon menyatakan penolakan yang jelas untuk menyembah apa yang disembah oleh orang kafir. Surah ini mengajar pengabdian yang teguh kepada Allah sahaja dan pemisahan daripada penyembahan berhala.

Dalam Sunnah

Surah berkaitan