Langkau ke kandungan utama
نَحفَظNahfaz

106. Quraish قريش

Makna: Kaum Quraisy

Mushaf

4 ayat · Makkiyah

Surah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. لِإِيلَـٰفِ قُرَيْشٍ1

    Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

  2. إِۦلَـٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ2

    (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

  3. فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَـٰذَا ٱلْبَيْتِ3

    Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

  4. ٱلَّذِىٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍۭ4

    Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Abdullah Muhammad Basmeih

Teks Arab: Tanzil Project — Quran text (Uthmani) · v1.1

Tentang Surah Quraish

Surah Quraish ialah surah Makkiyah yang mengandungi 4 ayat. Surah ini berada dalam Juzuk 30, pada muka surat 602 mushaf.

Kandungannya

Surah Quraish mengingatkan kaumnya tentang keamanan perjalanan mereka pada musim sejuk dan musim panas. Surah ini mengajak mereka menyembah Tuhan Kaabah yang memberi mereka makan ketika lapar dan melindungi mereka daripada ketakutan.

Surah berkaitan